Saturday, February 25, 2012

kisah kita..


Cinta kita aneh,
menatap tanpa wajah,
berbisik tanpa suara,
merindu tanpa mengenal siapa,
hanya berpegang pada janjiNya.

benua kita jua berbeza,
mgkn dikau menatap indahnya purnama,
aku pula menahan teriknya mentari,
mgkn dikau bermain salji,
aku pula tersenyum pada si melati,
atau mgkn kita sedang sama-sama merasai,
 indahnya titisan dari langit,
yang membasahi bumi dengan riangnya,
juga hati kita..

permainan perasaan yg mengasyikkanku,
adalah tatkala daku mengenang siapa kamu,
kerna tak tercapai dek akal,
mentafsir siapa kamu
bgaimana wajahmu?
dimana kamu?
dekatkah atau jauh beribu batu,
mungkin dikau di sungai sana,
yg arusnya mengalir kepadaku,
menanti di laut sini,
semoga apa jua dilakukan,
ianya dibawah naungan yg Esa.

Justeru,
biarkan begini..biarkan,
aku bahagia,
aku yakin kau jua,
kerna kita berpaut pada yang satu,
demi mengapai redhanya.
biarkan kisah ini dikarang yg Esa,
biarkan pertemuan kita diaturNya..

dikau terlalu indah buatku,
istimewa tiada terhingga,
masakan tidak,
bukankah dikau pemberian dariNya?
hadiah teragung buat diriku,
tersimpat hebat di luh mahfuz,
yg akan ku taati sepenuhnya,
yg akan kukasihi seadanya,

izinkan juga aku,
menjadi puteri di matamu,
permaisuri dihati,
bidadari di ukhrawi..

di antara berjuta rahsia Pencipta,
dikau teristimewa..
betapa indahnya kisah kita..
sudahku tumpah kesetiaanku,
kerna keyakinanku,
bahawa rahsia tuhan  ini akan terbuka juga..
bila tiba detiknya..

percintaan kita,
pasti terjadi,
di suatu hari,
tatkala semuanya halal disisi..
Amin..



Friday, February 17, 2012

jom hijrah..(masa)

Bismillah..

astagfirullah,hari ini sungguh masa terbiar..
tekad serta azam baru..
masa akan di manfaatkan sebaik mungkin..



"ya Allah,lindungilah kami dari menjadi golongan yang rugi.."

so,lets hijrah!..appreciate our times..


we don't know what tomorrow hold but we know who holds tomorrow..
Allah swt does..=)